Kami menawarkan pelbagai makanan sejuk beku keluaran bumiputra, halal, sedap dan lazat. Antara makanan sejuk beku yang ditawarkan termasuklah fried dumpling, burger (daging kambing, daging ayam, daging lembu), sosej (daging kambing, daging ayam) serta sos cili manis.

Wednesday, 11 May 2011

Mitos dan Realiti (Info daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar)


DAGING KAMBING HAMIS?

Daging kambing berbau hamis kerana kambing yang disembelih mempunyai kadar hormon mengawan (membiak) yang tinggi terutama bagi kambing yang telah matang. Tambahan pula sudah menjadi kebiasaan di mana masyarakat Malaysia umumnya memilih kambing yang berusia 2 tahun atau lebih untuk disembelih bagi tujuan aqiqah dan korban.
Selain daripada itu, kambing yang ingin disembelih tersebut juga kadang kala dibiarkan bercampur gaul sesama jantan betina sebelum disembelih sekaligus menyebabkan kambing tersebut mengeluarkan hormon mengawan yang tinggi dan ketara bagi menarik perhatian pasangan sesama kambing terbabit. Fakta inilah yang sebenarnya yang dapat menyebabkan daging kambing boleh berbau hamis!


Oleh itu, bagi mengelakkan perkara tersebut, dinasihatkan agar dapat kita asingkan kambing terbabit dengan kelompok berlainan jantina beberapa hari sebelum disembelih. InsyaAllah, daging kambing tidak lagi berbau hamis. Secara alternatif, digalakkan untuk masyarakat kita untuk menyembelih kambing muda yang berumur 8 bulan ke bawah sepertimana yang menjadi amalan orang Arab yang mengamalkan tradisi memakan daging kambing muda.


No comments:

Post a Comment